Menurut Prof.Dr.Sidek Baba dalam usaha memperkasakan Melayu faktor teras iaitu Islam dijadikan sumber pedoman dan contoh-contoh supaya umat Melayu tidak kehilangan jati diri adalah sesuatu yang amat penting dalam konteks bina negara untuk menginsafi bahawa sifat zaman selalunya pantas berubah.Perubahan tidak semestinya menjadikan kita hanyut dari sejarah dan budaya sendiri.
Perjuangan merebut kemerdekaan tidak lahir hanya dari nyala semangat patriotisme dan nasionalisme dalam pengertian sempit,tetapi lebih daripada itu ia tercetus dari semangat jihad demi agama, bangsa dan tanahair.
Orang sekarang boleh bercakap apa sahaja. Boleh menghina sesiapa sahaja. Ini adalah atas nama kebenaran. Kata mereka kebenaran itu bukan bersifat mutlak. Kebenaran bukan milik siapa.